Tuesday, July 31, 2012

ALHAMDULILLAH SYUKUR ATAS KURNIAANMU YA ALLAH :)

Alhamdulillah i'm pregnant..skang da masuk 17 minggu or 4bulan 1 minggu..Syukur ya Allah Kau kabulkan permintaan kami..Insyaalah akan kami jaga amanahMu ini..sbb tu da lame tak nules dlm blog ni sbb mengalami bermacam alahan..

Minggu ke-17

Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti kaki kejang dan sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan sesak nafas dan sembelit dalam beberapa tempoh masa ini.

Bayi anda kini berukuran 11-12cm panjang dan beratnya mencecah 100gram. Anggaran besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.

Hari ni 11 Ramadan baru hari yang ke 3 aku berpuasa..Insyallah doakan smpi la waktu berbuka..sbb aku alami gastrik sepanjang aku cube berpuase.tu yg den lomah tu..

Doakan la yang terbaik untuk kami ye..terima kasih atas doa kalian sume :)

6 comments:

  1. congrats dear.. jaga elok2... jgn jadi cam aku dulu.. T_T

    ReplyDelete
  2. thanx yang..insyallh..doakn baik2 tuk kami ye :)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum alin, alhamdulillah tahniah berjaya juga akhirnya kan..

    semoga bby farish mjadi ank yang soleh buat kedua ibu ayhnya..

    alin, tetunggu gak update2 bby farish kt dlm ni..nape xupdate kt blog..

    nti ada msa update k..sronok bile bca cite2 new born bby ni..muax..get well soon..

    ReplyDelete